Mikayla's Reader (s)

Wednesday, August 14, 2019

Hilang Demam, Kena Blocked Nose Dia :(





Kesian anak dara Zie ni... baru je baik dari demam (klik SINI untuk baca blog entry), berganti dengan selsema plak dia. Blocked nose plak tu. Rasa kau jugak ler bila kena blocked nose. Susah weh nak bernafas especially time nak tido. Allahhuuuu.... 

Tidur dia terganggu, tidur Zie pun terganggu. Dahlah bapak dia still not in town.... gagah je Zie jaga anak² sakit. Huhu. Dah brapa kali Zie bawa dia jumpa paed dia, Dr Bibiana (B.Teo Child Specialist Clinic). Still Dr Bibiana tak nak bagi ubat flu. Huhu

Ye la...ubat²an untuk bayi memang limiteddddd sangat². Paham.



Air Garam. Untuk drops 2 titis disetiap nostril's Mikayla

Autumnz Nasal Aspirator

Dr Bibiana just bagi dia air garam ni jer untuk cuci dalam hidung dia so that hingus dia tu mencair, jadi senang bila nak sedut guna nasal aspirator. Zie beli Autumnz Nasal Aspirator. Senang sikit nak sedut.... instead of yang jenis sedut main picit² tu.

Helping dia sekejap je....Pastu, blocked lagi. Takkan setiap minit zie nak buat gitu....sakit kang hidup dia nanti.








Memandangkan macam takde perubahan je masalah blocked nose dia. Zie whatsapp ler pharmacist Zie (tauke pharmacy tempat Zie ambil stocks Eskinol toner yang Zie jual). Kot kot dia nak bagi ubat flu,..hehe. Seperti dijangka, tanda nak gak dia weh. Tapi dia syorkan this Iliadin Nasal Drops for Infants ni.

...Alhamdulillah, baru dapat dia tido 2-3jam sepanjang malam. If bangun pun just nak nyusu je. Before this, Allahhuuuu.... menyusu pun susah dia sebab takde nafas. Tidur plak ternganga je dia sebab automatik dia bernafas guna mulut. Kesian.



Bagus Iliadin Nasal Drops for Infants tu. Memang berkesan untuk blocked nose. Tp tu lah...flu dia tu stillll lagi belum sembuh sepenuhnya... risau dibuatnya taw. Ni since bapak dia dah balik dari OPS, nak bawa bapak dia bawa Mikayla jumpa pead dia lagi. Just to let her paed tahu yang masalah blocked nose dia still lagi belum sembuh²...

so that dapat di check dengan lebih terperinci lagi. Get well soon, sayang emak ♥


Thursday, August 1, 2019

Ke Kelas Teakwondo Abang Mikail ♥




Alolololo....kesian dia bangun awal temankan emak bawa abang Mikail dia ke Kelas Teakwondo. Kelas Teakwondo di sekolah Mikail 2 minggu sekali pada hari Sabtu, FYI. Selalunya bapak dorang yang gi bawa. Zie nak rehat dari tugasan hantar anak. Hari sabtu, turn bapak dia plak.

Tapi kali ni, tak dapat koooo ngelat. Sebab kan husband gi OPS selama sebulan. Belum balik lagi. Nak tak nak, gigih gak lerr Zie bangun pagi (kelas pukul 8am actually), siapkan Mikayla, Siapkan Mikail. Irfan je tak bawa. Stay dengan nenek dia kat rumah. The reason why bawa Mikayla sekali, tak larat kooo emak nak jaga 2 baby dalam 1 masa.

Hendak Zie bawa sekali Irfan, Zie plak "takde tangan" nak handle Irfan yang super aktif tue.





Kehadiran untuk ke kelas Teakwondo ni adalah WAJIB. If 3x tak hadir...akan dikenakan tindakan oleh pihak sekolah sebab part of pembelajaran.




Baruuuu je mula kelas, anak dara Zie ni dah hanyut tidur yang lena. Hahaha.





Kesian, still tali pinggang putih. Hihi. Masa di Tadika dulu, Zie selalu ngelat bawa dia ke kelas teakwondo. Asal husband away gi OPS je...takde nya Zie akan bawa. Ponteng kelas jadinya Mikai. Sudahnya kan dah effect prestasi anak. Huhu.

Takpe, inshaAllah ada rezeki lebih nanti, nak daftarkan dia terus di Teakwondo Academy jer. At least kelas dia sebelah petang...takde lah pepagi kelam kabut. Bagi Zie, ilmu mempertahankan diri pada zaman sekarang wajib kita bagi kat anak² untuk self defense. Tak kisahlah anak laki ke anak perempuan ke...bagi Zie, wajib dorang ada ilmu martial art.

Sekarang macam² je kes buli la, kes keganasan rumahtangga la...ishhh, mintak dijauhkan lah dari anak² Zie.....







Monday, July 29, 2019

Demam Pertama Mikayla




Pada 11.7.19 (Khamis) yang lepas, hampir pukul 5pm. Zie terima Whatsapp dari Cikgu Rina dia informed Zie badan Mikayla panas. Dalam hati Zie, Allah yang tahu betapa risaunya Zie. Baru je 3 bulan plus umur dia. Dah demam. Kena jangkit dengan babies yang demam. Parents babies tu pun satu. Tahu anak demam, still jugak dorang hantar ke Nursery. Selfish!

...letakkan anak orang lain yg sihat walafiat dalam risiko kena jangkitan, tahu tak! So disappointed Zie. Pihak nursery sepatutnya bertegas dalam hal ni. Tapi tu la...parents buat² tak tahu and still gak hantar anak yang sakit ke nursery atas alasan, dorang dah bayar.

I was like....eeeeee so geram! As if lah weols ni bayar kurang or tak bayar ke? Tolonglah...jangan pentingkan diri sangat. Anak demam, apply leave. Sendiri jaga kat rumah sampai ada sihat. That's what i did....no choice. Daripada anak kita yang sakit jangkit anak orang lain.

Hidup jangan suka menyusahkan orang lain.





Macam lipas kudung je Zie ke hulu ke hilir hari tu. Terima je Whatsapp dari Cikgu Rina dia, Zie terus gtaw manager Zie untuk dibenarkan balik awal. Zie pi ambil Mikayla dulu, lepas tu baru Zie ambil Mikail kat sekolah. Sampai rumah dah pukul 6:30pm, mintak mak Zie tolong jaga Mikayla dulu.... Then Zie bawa Irfan & Mikail ke H&L hypermarket, beli pampes Irfan.

Settled beli pampes, balik rumah hantar Irfan balik....then ambil Mikayla. Terus pecut pergi B. Teo Child for Children di Jalan Keretapi. Agak jauh lah jugak dari rumah weols. huhu. What to do. Di situ ler pead anak² Zie. huhu.




Bertiga dengan Mikayla je weols. Irfan terpaksa Zie tinggalkan kat rumah sebab "takde tangan" nak handle 2 babies. Sebab tu kelam kabut ulang alik rumah bagai. Time tueeee anak demam, time tueeee jugak lah pampes irfan tu habis. Haha. Stress bebenor.

Asal husband not in town, OPS di luar daerah.... confirm anak² akan demam. CONFIRM! huhu....dari dulu gitu taw. Letih iols jadi supermom everything. Siapa isteri kepada anggota polis PGA, sure paham perasaan dan keadaan Zie. Selalu ditinggal²kan suami demi call of duty. Huhu. What to do, dah jodoh dgn polis PGA.





Sampai rumah pukul 9:30pm malam. Huhu. Perut... takya citer lah, berbunyi² dah. Badan plak, punnnn takyah citer...sakit lenguh² bagai nak demam urat je. Kurang rehat dan tido. Gitu lah nasib bila kau have to jadi emak dan dalam masa yang sama, kau kena juga jadi bapak.

Awal bulan Ogos nanti baru husband Zie balik dari OPS. Bertahun rasa tunggu bulan Julai ni berakhir. Stress emak tau! Hahaha. Mujur Mikayla tak banyak ragam sepanjang dia demam tu. Merengek sikit je mintak susu...lepas menyusu, tido balik dia. 

Malam² Zie setkan alarm. So that tak terlepas cukup jam makan ubat dia. Mula² Zie monitor 4 jam. Tengok panas dia naik tak. Tengok panas dia 36°C... Zie monitor another more 2 hours lagi. Bila another more 2 hours, still suhu dia around 36°C. Still lagi belum bagi ubat...kena tunggu another more 2 hours....untuk cukupkan tempoh 8 jam. 

Bila sudah cukup 8jam...suhu dia still paras normal. Zie just bagi je lah ubat demam tu. At least la....kang tak bagi, takut nanti naik lagi panas dia. Syukur sehari je dia demam. Hari sabtu dah bye bye terus fever dia. Bila fever hilang...berganti dengan bloacked nose plak.... 

..haishhh. Yang tu esok Zie citer. Ada gak kisahnya koooo. Huhu



Friday, July 19, 2019

Bila Supermom Multitasking



Muka dia setiap petang bila Zie dah ambik dia dari nursery. Senyum² je kooooo dia. Kejap je senyum senyum dia tu. Baru je kira separuh jalan nak sampai rumah, mula lerrrr drama nangis dia. Kebulur dia lapa. Huhu. Actually time Zie sampai di Nursery, cikgu dia baruuuuuu je buat susu untuk dia.

....tak sempat cikgu dia susukan dia, dah Zie sampai. Ingatkan dia tak mengiyau lagi bila tengok dia senyum² gitu. Rupanya ingat lagi dia dengan susu dia.




Hah! Sudahnya. Terpaksa susukan dia sambil driving. Huhu. Ya ya ya...tahu bahaya, tahu. What to do, Mikayla dah nangis. Ya ya ya... tahu gak boleh berhenti tepi jalan sekejap untuk susu kan. Masalahnya hari dah lewat...kang nanti makin lewat. Not easy okay bagi Zie untuk handle 3 orang anak seorang diri. Sentiasa terkejar² dengan masa. 

Husband outstation for a month. Biasalah bersuamikan polis PGA, telan je bila selalu jadi ala² single mom. Nasib husband belikan Zie kereta auto. Kalaulah dia belikan Zie kereta manual, memang no choice ler, berhenti tepi. Huhuhu

Semoga membesar menjadi anak yang baik, solehah dan rajin. Amin.




Wednesday, July 17, 2019

Sejemput Jer Diikat!




Alololololo......comelnya dia! ♥ Tak kesah ar puji anak sendiri. Emak mana yg tak memuji anak sendiri. iyo idok? Haha. Perasan tak kat atas kepala dia tu?  Ha...? Tak perasan? Okay jap jap....kite Zoom 50x ye...eh! Hahaha...kau ingat Huawei phone? Hahaha.

::
::
::
::
::




Ni Ha! Alololo....comelnyaaaaa. Sejemputtttttt je rambut dia diikat. Kerjaan cikgu² dia di nursery dia. Hahahaha. Teruja koooo Zie tengok. 1st time weh. Tak sabar nak tengok rambut dia panjang. Once dh panjang dan tebal nanti, heaven nyaaaaaaa emak dia ni hendak memesenkan style rambut dia camne. 

Time kecik² ni jer dapat tayang & fesyenkan rambut dia. If dia dah besar nanti, mana dapat. Fesyenkan tudung/shawl je nanti. Haha




Sayang mak kat semua anak² emak. Terima Kasih Allah pinjamkan Zie anak perempuan. Akirnya merasa gak Zie ada anak perempuan. Alhamdulillah.




Monday, July 15, 2019

PruImpian Buat Mikayla



Alhamdulillah, lega rasa hati bila anak² semua dah ada insurans dan medical card. Mikayla Zie beli time umur dia 1 bulan lebih haritu. Niatnya nak beli sama package insurans dengan abang² dia. Sebab nak adil. Takde lah isu berbangkit time dorang dah besar nanti kan.

...tapi apa boleh buat. Package insurans abang² dia dah expired awal bulan April. So berhuhuhu je lah Zie bila dengar dari agent insurans Zie. Takpe...hopefully dorang paham. Yang paling penting, being covered. That's it.

Harap bila dorang dah besar nanti, bila dorang dah bekerja dan start bayar sendiri insurans dorang, Zie harap sangat dorang akan jadikan bayaran insurans dorang tu sebagai commitment wajib dorang. Bukan senang koooo emak dorang ni berikat perut utk provide dorang insurans ni.

RM200 contribution insurans Mikayla per month. Mikail, RM150. Irfan RM160. Mikail Zie beli time umur dia 6 tahun, kesian dia. Huhu. Irfan 1 tahun lebih. Last year baru jumpa egen insurans yang boleh Zie percayai dan Yakin. Buat uols yang plan nak beli Insurans, boleh je direct PM insurans egen anak² Zie ni 

---> Razin Pridential (klik nama dia utk ke FB dia)




Tuesday, July 9, 2019

Mikayla Selsema




Kesian si bungsu kecik emak ni. Selsema dia. Zie suspected if tak kena jangkit abang Irfan dia.... maybe air masuk dalam hidung dia ketika mandi time di nursery. Sebab time dia balik dari nursery ari jumaat lepas, terus kedengaran bunyi krokk krokkk hidung dia sumbat.

Since dah berlarutan selama seminggu flu dia tu. Zie bawa dia sekali jumpa doktor time bawa abang Irfan dia jumpa doktor sebab demam hari tu. 




"Souvenir" dari Dr. Bibiana buat Mikayla. Hihi. Ubat dia actual satu jenis je. Dr. Bibiana just bagi ubat titis ke dalam hidung dia je. Asal dgr bunyi sumbat, titiskan 2 drops katanya. Since umur dia ni belum boleh makan ubat....hmmm, kesian anak emak.

Yang lain tu, since itu adalah pendaftaran pertama Mikayla di B.Teo Child Specialist Clinic, seperti kebiasaan..pihak klinik akan bagi gift utk pesakit baru. Part 2 kotak susu Anmum tu plak, dorang bagi Free je sebab dah nak expired katanya. Bulan Oktober nanti akan expired.

....sayang buang kata nurse. Tu yang Dr, Bibiana suruh bagi kata mana² pesakit dia yang minum susu Anmum ni. No wonder lah time Dr. Bibiana check, dia ada tanya Mikayla minum susu apa. hihi. Rezek Mikayla.






Si comel cantek emak ni. Sayang dia! Ada okay sikit lah sumbat hidung dia lepas titis ubat tu. Part nak menitis benda alah tu lah part yang paling mencabar. Biasalah budak....sure tak bagi kerjasama punya. Nangis bagai kena pukul! Hahahaha

Semoga cepat sembuh si comel emak! ♥ Xoxo