Mikayla's Reader (s)

Wednesday, July 3, 2019

Lahirnya Nur Mikayla



Dalam pada emak exicted admit hospital keesokkan harinya, dalam masa nya sama gak, ema sedih. Lebih² lagi bapak Mikayla... sebab pada pukul 11pm pada tarikh 17.3.2019 (Ahad), Emak & bapak terima berita sedih tentang permergian Arwah Nek Hamisah menghadap Illahi. Di sebalik kesedihan, terselit sebuah kegembiraan. Di sebalik kegembiraan, terselit kedukaan dan kesedihan yang teramat sangat terutama sekali buat bapak Mikayla. Susah untuk dia terima hakikat yang emaknya sudah pergi buat selama²nya...

Tarikh emak perlu admit di SGH pada 18.3.2019, pagi. Sebelum tarikh tu, awal² emak dah ready benda alah untuk di bawa ke hospital. Susu fomula tu mak seludup (nasib ler nurse tak buat sport check...hehe), in case susu badan belum ada lagi sebab based on pengalaman terdahulu, lambat koooo susu badan nak produce. Huhu.


Lagi² if beranak elektif czer ni. Sebab badan belum lagi ready nak beranak, dah di keluarkan baby. Hihi. So awal mak seludup susu anmum tu. Dalam bilik, senang nak curi² bagi Mikayla nyusu benda alah tu nanti. Hehehe




Ni rutin check up biasa, sebelum admit masuk ward Maternity. Excited kooo emak noks. Tak sabar nak tengok & peluk si bungsu mak tu. Last mak akan pijak tempat ni lagi utk beranak. BTL terus lepas ni atas nasihat doktor.

Sebelum emak masuk ward Maternity ni, emak awal² dah gitaw nurse untuk percepatkan proses pendaftaran yang bapak sebab bapak perlu cepat² balik ke rumah Nek Hamisah, kalau boleh sebelum jenazah nenek dikebumikan. 


Syukur nurse dan doktor memahami. Jasa korang akan kami kenang sampai bila². Semoga Allah merahmati kalian.




Doktor yang perempuan tu lah yang akan bedah emak keesokkan harinya. Dr. Leong May Shi nama dia. Emak sangat sangattttt puji Dr Leong ni. Why? 1st, sebab dia sangat sangat friendly. Dia siap tanya mak nak jahitan macam mana, nak tak skin to skin contact dengan baby. 

Inilah pertama kali doktor yang akan bedah Mak tanya Mak gitu. Before this, dorang decide sendiri dan Mak tak pernah skin to skin contact dengan baby (yg letak baby di dada tu, cam beranak normal tu). Syukur...yg terakhir ni, akhirnya Mak dah rasa gak pengalaman gitu.

Selalunya nurse akan sua je baby kat muka Mak utk Mak cium cium je. Langsung Mak takde peluang nak peluk dia di dada. This time...alhamdulillah, merasa gak iols ♥ Thanks Dr. Leong!

Untuk jahitan czer tu, Mak nak jahitan yg akan di buka selepas 7 hari tu. Hairan nurse di KKIA why Mak nak jahitan gitu sebab kebanyakkan mommies yg lain, dorang more prefer jahitan yg tak perlu dibuka² lagi. Well...Mak kan special sikit orangnya. Hahaha!

Takde lah...sebab sebelum ni, kedua² jahitan czer Mak dulu jenis gitu. Coz kali ni nak gak stay jenis gitu. Confident sikit Mak luka czer tu tak terbuka. Hihi...jangan ditanya kenapa berfikiran gitu weh. Haha





This part i hate it soooo much. Huhu. Masukkan tiub tu lahhhhh yang...aduhaiiiii. Takpe takpe...last dah ni ^_^ Yang ni sebelah kiri. Masa kat OT, tgn sebelah kanan doktor pasangkan tuib ni gak. Untuk emergency case katanya if suddenly Mak alami pendarahan. So tiub di tangan kanan khas untuk tambah darah jika perlu. Sakit oiiiiii doktor tu pasangkan..haha. Bukan Dr Leong pasangkan, Doktor lelaki....lupa dah nama.

Sebelum pasangkan tuib di tangan kiri, nurse suruh Mak mandi dulu and then start berpuasa pada jam 12am, mcm biasalah.. Sebab jadual czer Mak awal pagi. Pukul 8am. I am the first case you you. Happy! Hihi

Time ni, memang excited giler. Tak sabar nak beranak. Oh ya, tanda² nak beranak langsung takde. Time ni Mak dah 39 weeks 1 day dah. So tarikh beranak Mak as per planned by doctor lah -- 19.3.19. Cantik kan tarikh lahir anak dara kite....hiksss




Disebabkan Mak ada asthma, sebelum ke OT (yg ni pada hari selasa, 19.3.19), nurse bagi Mak nap dulu. Takut tetiba kena serangan asthma plak time tengah di bedah. huhu. Sempat lagi koooo Mak snap. Hahaha!





Alhamdulillah, almost sejam di OT...akhirnya lahirlah my one and only daughter, Nur Mikayla pada pukul 8:53am pada hari Selasa, 19.3.19 ♥  Pada pukul 11:30am, baru Mak dihantar ke ward bersalin. Sampai je kat katil, bapak terus azankan Mikayla. Pengalaman terakhir mu duhai suami ku...Lepas ni mana ada azankan baby lagi. hihi

Actually GL husband Mak, Mak patut masuk 2nd Class Room. Tapi memangkan kes Mak perlu pemantauan selama 24 jam, Mak diletakkan kat luar....depan meja nurses & doktor...huhu. Payah weh, nak curi² bagi Mikayla susu anmum! haha. Sudahnya, bila Mikayla nangis teruk, baru nurse ambik bagi susu kat nursing room. Huhu

Selepas 24jam lepas czer, baru Mak di masukkan ke dalam 2nd Class Room. Alhamdulillah...lega rasanya. Terus kooo Mak bagi Mikayla susu anmum tu. Kehausan anak dara Mak. Meh layan gambar² Mikayla time still newborn dan baru berumur beberapa jam ♥








Comelnya anak emak ♥




Akhirnya, ada gak Mak buku baby warna PINK! Alhamdulillah. Terima Kasih Allah pinjamkan Zie dan husband anak perempuan untuk dijaga dan disayangi ♥ 




Like always, injection untuk cair darah untuk Mak inject setiap hari selama 10 hari. Di hospital dah start dah self injection...sebab Mak  pilih injection yang dihasilkan dari DNA khinzir. Tapi lepas melalui proses saringan demi saringan, takde dah DNA  khinzir tu. Gitu lah dorang explained.

Takpe, Islam itu indah. Untuk perubatan, ada kelonggaran.




THE MOST BEST PART!!!! Emak dapat iPhone XR yang emak idam²kan as my Push Gift this time. Yayyyyyy! Dapat ler emak ambil gambar Mikayla puasa² tanpa perlu risau memory full ke apa lagi. Bapak Mikayla memang gitu, setiap kali emak beranak... sure punya bapak Mikayla akan bagi hadiah kat emak....

Mikail : Canon DSLR Camera
Irfan : Tomei 916 Bangle
Mikayla : iPhone XR

Alhamdulillah. Hehe. Ingatkan bapaknyer tak nak melayan bila emak selalu je berpantun mintak phone baru. Rupanya dia nak bagi time dah selamat melahirkan as my Push Gift rupanya. Syukur tau Mikayla, emak dapat suami macam bapak Mikayla ni okay.

Emak doakan, Mikayla akan dapat suami macam bapak mikayla. InshaAllah. Amin.





No comments:

Post a Comment