Mikayla's Reader (s)

Friday, July 5, 2019

Mikayla Tolak Menyusu Botol


Nak dijadikan cerita... sehari sebelum Mikayla masuk nursery dan Zie start bekerja selepas 3 bulan cuti bersalin, tetiba Mikayla tolak menyusu botol. Gundah gulana hati beta! Huhu. Before this okay je dia menyusu guna botol. Apa lagi bapak dia, membebel dia kat Zie coz Zie selalu breastfeeding Mikayla.

Kadang² je zie bagi dia susu botol. Mula ler zie panik. Nangis dia bagai apa. Sanggup dia tidur lapa daripada susu dgn botol tu. At first, tak sure...sama ada dia reject botol or reject susu Anmum tu. Nak tukar susu, sayang...ada 4 kotak belum di bukak lagi. Baru je beli utk stock. 



Nak dijadikan cerita, Zie ngiyau ler di FB tentang kerisauan Zie ni. Sorry, status dalam bahasa Sarawak. Diharap uols paham. Hehehehe. So ramai FB friends suggested Zie untuk tukar botol susu. Dorang suggest botol susu Pigeon SofTouch™. Malam tu juga Zie keluar pi beli. 




Zie beli size kecik je dulu. Sebotol je dulu try. Takut nanti kot² Mikayla tak nak...tak gak membazirkan. Macam botol susu Tommee Tippee tu, 2 botol iols beli noks...huhu. Tapi takde lah membazir mana pun. Zie jadikan tempat letak susu badan yg dah di pump je. Nasib aritu ada beli Tommee Tippee Leads.

Ingatkan jenama Pigeon ni, jenama yg murah² je.Ingat murah lagi dari Tommee Tippee.... sekali tengok, RM49.90 kau! Hambih!...huhu. Mahal lagi dari Tommee Tippee rupanyaaaa.. Uwaaaaa! Jangan kau tengok pada botolnya yang tak cute....terus assumed murah. Haha. Kalau yg botol 9oz tu, RM79 okeh...mampus aku! haha

Takpe...demi anak. Janji dia nak isap je. Jangan tak nak plak, kan.




Sampai rumah, terus cuci, rendam dgn air panas kejappp je. Sebab tak sabar² nak bagi Mikayla try. Sekali je sua.....terus kooooo dia hisap! Phewwww....lega mak nak. Kalau tak, rasa nak nangis je. 




Tengok tu, laju je dia hisap. Haus & lapar ko dia. Kesian. Meaning memang dia tolak botol susu, susu Anmum tu dia still nak. Lega.... Biarpun botol susu tak comel, takpe...yg penting quality dia comel sampai hendak baby kite isap dia. Hihi

So uols, highly recommended botol susu Pigeon SofTouch ni. Memang lembut sangat puting susu tu sampai tertipu baby kite ingatkan itu puting ibunya. hihi.1 masalah selesai sudah. 



Now Mikayla ready to go to school! weeehoooo.... ♥





No comments:

Post a Comment