Mikayla's Reader (s)

Wednesday, July 3, 2019

KKIA Salah Kira Due Date, Tarikh C-Section Terpaksa Di Tukar





Merujuk daripada Entry ini ⇢ 8 Bulan Mengandung, Baru Buat Buku Pink?! , kan masa zie register kandungan dan buat buku pink hari tu, Dr. Safar terus booked czer date + BTL (zie terus berikat lepas giving birth kali ni ye. Zie ikut saranan doktor sebab termasuk yg kali ni nanti, dah 3x zie czer. Cukuplah tu 3 orang anak). Kan dia dah tetapkan 7.3.2019 adalah tarikh Czer + BTL zie, based on EDD 17.3.2019.

Actually dorang (Nurse & Dr. Safar), tersalah tengok dan tersalah kira tarikh EDD zie. Zie tak salahkan dorang sebab nak refer balik 8 months ago.... agak memeningkan wooo. So dorang terlepas pandang dengan report masa pertama kali zie register kandungan zie. Zie ada gak gtaw dorang yang Zie nya first EDD pada 26.3.2019. Tapi tak tahu gak lah why dorang still follow latest EDD 17.3.19 tu.

Bila zie next follow up pregnancy check up Zie dengan Dr. Tan di KPJ Kuching Specialist Hospital, aduhai...membebel Dr Tan kat dorang. Haha. Ada gak Zie backed up dorang, Zie kata... "they overlooked maybe...cannot blame them since it's been 8 months already.". Dr Tan tanya, bila next appointment di KKIA nanti, make sure dorang tukarkan tarikh czer zie sebab if di beranakkan pada 7.3.2019, a little bit too early. Baby dalam rahim baru je cecah 37 weeks katanya. Kelahiran pra-matang nanti plus paru² baby belum ready utk adapt persekitaran.




Jadi masa appointment di KKIA aritu, terus Zie request kat nurse yg attend Zie yang Zie nak jumpa doktor sebab nak bincang pasal pertukaran tarikh czer & BTL zie yg dah Dr Safar tetapkan hari tu. Zie explained ler reason dia kenapa and tunjuk note yang Dr. Tan tuliskan. So lepas routine check up dgn nurse, bila nama Zie Dr Safar panggil...

....explain ler pula dari A - Z dgn Dr Safar. Banyak kali Zie repeat mintak maaf dengan dia sebab dah susahkan dia. Kalau dari awal Zie register kandungan di KKIA, takde nya masalah ginie. Sebab bukan senang nak tukar tarikh czer yg dah di booked dengan Sarawak General Hospital. Paham² je lah...ramai orang. Bukan kita sorang je kan.

Dahlah dia terpaksa gak manually kira untuk pastikan betul² tarikh EDD zie memang 26.3.2019. Selepas 1jam lebih...akhirnya, dapat gak Zie tarikh baru untuk Czer + BTL...alhamdulillah. Friendly sangat² Dr. Safar ni taw. Even Zie dah susahkan dia, senyum n ketawa² je dia uruskan. Semoga Allah swt permudahkan urusan dia di dunia dan di akhirat berkat di permudahkan urusan Zie. Amin.

Meaning, 18.3.2019... Zie kena admit SGH sehari awal. Untuk tujuan check up segala bagai sebelum tarikh zie di beranakkan secara C-Section. Then sekali gus BTL terus. Doakan urusan bersalin zie nanti di permudahkan dan takde sebarang delay... InshaAllah.

Tak sabar nak beranak sebenarnya! Hihi





8 Bulan Mengandung, Baru Buat Buku Pink?!



AMARAN : Entry ni agak panjang. Buat pregnant mommies yang berdepan dengan situasi sama macam Zie, di nasihatkan baca sampai habis. Haha. 




Di Entry --> Throw Back Entry : 35 Weeks Check Up di KPJ Specialist Hospital, Zie ada mentioned tentang baru register kandungan dan buat Buku Pink di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) pada usia kandungan 33 minggu (bersamaan 8 bulan), kan? 

Story dia macam ni, sebelum ni... masa zie register kandungan di KPJ Specialist Hospital under Dr. Tan Yiap Loong, Zie ada refer kat Dr Tan.... if nanti Zie decide nak beranak di hospital kerajaan, boleh ke bawa buku ni. Sebab Zie ever dengar rumors kata tak dapat sekiranya tak ada Buku Pink (buku dari KKIA)...So Dr Tan gtaw ler... no such thing! KKM have to attend and terima.

So zie okay ler, since dah refer kan. Then  masa kandungan Zie 5 bulan dulu, Kakak ipar Zie pun ever gak bagitahu kat Zie, wajib daftarkan kandungan di KKIA walaupun check up di swasta. Terus Zie call KKIA dikawasan kediaman Zie. Then 1st thing nurse tanya, "Plan nak beranak kat mana?", masa tu memang plan nak beranak di KPJ hospital je.

So nurse kata, "kalau macam tu takde masalah, Puan. Asalkan kandungan puan ada doktor yg pantau." So lega zie dengar. Tak tahu gak ada akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Masa kandungan Zie dah 8 bulan (in 33 weeks to be exact), tetiba zie menyuarakan kat kawan seopis Zie, macam nak tukar fikiran je. Tak nak bazirkan 15K untuk beranak di KPJ (sebab kalau ada complikasi, jangan² sampai 20K...fuhhh) sedangkan if Zie beranak di hospital kerajaan, free of charge kalau guna GL suami (bukan free gak ler sebenarnya, akan di potong gaji kemudian hari nanti time pencen dengar²), siap dapat 2nd Class Room lagi tu ikut kelayakkan pangkat suami.

So Zie suarakan ler kat kawan seopis gtaw nak beranak di hospital kerajaan je lah, tapi takde buku Pink kata Zie. Then google lah segala bagai info, semuanya rata² kata perlu buat & daftar dgn KKIA sekiranya nak beranak di hospital kerajaan dan sekiranya plan lepas beranak, nak register kelahiran di KKIA....wajib!

Alamak! Terus susah kooo hati Zie. Sebelum zie call KKIA tmpt Zie, Zie tanya dulu dengan kenalan FB zie (bini kepada kawan husband sebenarnya, sama² anggota time dorang berkhidmat di Sri Aman, Sarawak dulu)... perlu ke? Dia ku Jururawat di KKIA jugak. Nasib! Yup....after referring dengan dia, wajib register dan buat buku pink.

So tawakal je la call KKIA di tempat Zie utk tanya dan uruskan semua benda alah tu.

Sampai je di KKIA Pantai Damai, dup dap dup dap terussss kooo jantung. Kan kita ni selalu dimomokkan dengan statement "Haaaa...jaga kau. Siap ler kena marah dengan nurse kat situ". So mindset terus dah set, habis lah aku....malu arrr kena bebel ni nanti.

But to my surprise.... tak koooo! Siap layan zie dengan senyuman. Sedikit pun dorang takde masam muka. apa dorang kata "Takpe, kami uruskan. Ni ada buku dari KPJ ni. kami dapat refer melalui sini. Takpe. Sebab Puan dah memang ada check up dan ada rekod.."

Fuhhh...lega selega² nya. Proses register buku pink, yup...memang makan masa. Memandangkan Zie belum kena injection kancing gigi, dorang terus bagi lepas buat buku pink tu. Selamat duit iols...haha. Sebab by right in next appointment di KPJ, baru akan terima injection tu.

Lepas semua proses dengan nurse settled. kena jumpa doktor plak. Dr. Safarina time tu on duty. Dr Safar sarankan agar Zie follow up di 2 tempat. Di KKIA dan di KPJ juga memandangkan Dr Tan dah lama dah taking care kandungan Zie. Nanti dia just refer menggunakkan report dari Dr Tan je.

Zie memang no problem. Sememangnya plan utk follow up di 2 tempat.






Alhamdulillah, hampir 3 jam berurusan. Akhirnya siap sudah proses register kandungan di KKIA. Yayy yayyy! Zie dah ada buku pink...yay yayyy! Tak risau dah if nak beranak di hospital goverment. Hihi. Kata nurse dan doktor...time nak beranak nanti, WAJIB bawa kedua² buku - Buku Biru dari KPJ dan Buku Pink dari KKIA. By the way, the reason why uols wajib buat buku pink walaupun uols buat check up di swasta? Sekiranya dari Pregnant - Beranak - Register Kelahir - Baby Check Up semua uols buat di swasta.... then tak perlu ye uols. Sebab tu orang kaya tak pernah merasa pijak kaki di KKIA...haha.
Tapi sekiranya your plan are --> Pregnancy - Beranak je check up di swasta. Selepas tu, register kelahiran dan baby check up setiap bulan uols plan nak buat di KKIA. Then...di sini lah buku pink tu AMAT penting. Kalau tak, uols akan di kategorikan Late Booking. If kena late booking ni, dapat memang dapat.....tapi agak sukar lah. Hidup kita, jangan susahkan kerja orang lain semata² nak urusan kita sendiri senang. Ingat kita sorg ni je ke nurse² di KKIA tu nak handle. Bertimbang rasa. Jangan biarkan uols jadi Late Booking. Seelokknya register sebelum beranak.

Andai kata tak nak ikut macam Zie, follow up di 2 tempat. Time uols nak register tu....uols just bagi tahu je kata nurse yg attend uols tu, yang lepas ni...semua follow up, uols buat di klinik swasta. Nanti ada lah nurse tu terangkan procedure camne. Jangan takut, nurse KKIA tak garang. Dorang semua friendly and sooo helpful. Zaman nurse KKIA garang² dah berakhir dah. Skrg zaman semua nya friendly. Tp kalau nurse di hospital kerajaan tu...depends dgn personality nurse itu sendiri lah. Tak semuanya garang² ye. 

Berbalik kepada kes Zie, Dr. Safar siap dah tetapkan tarikh czer zie on 7.3.2019. Tapi....2 minggu selepas appointment ni, tarikh czer zie terpaksa suruh Dr Safar tukar lagi. Sebab.... Bersambung in next entry ye. Hihi. 

InshaAllah Isnin ni zie sambung....




35 Weeks Check Up di KPJ Specialist Hospital



Letih je rasa kena buat follow up pregnancy 2x...hehe. Sebab sekarang zie dah start 1 minggu 1 kali check up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), meanwhile 2 minggu 1 kali check up di KPJ Specialist Hospital. Nasib gak baru je sebulan start check up di KKIA...haha. Zie on 33 weeks baru register kandungan zie di KKIA.

Ingatkan if beranak di hospital kerajaan, boleh je bagi dorang buku mengandung dari KPJ. Boleh tu memang boleh....tapi urusan pendaftaran di labour ward nanti akan jadi rumit sikit. Tu nanti, kemudian zie share story ye. Untuk rujukan semua ^_^ Kot kot ada yang sama kes macam Zie, senang nak refer kat blog post Zie nanti.

35 weeks check up ni routine dia, just checking baby's growth and mana² yang patut. Sekali terus dengan detailed scan. Apa yg bestnya...kali ni check up, baby NM terus show muka diaaaaaaa. Wahhhhhhh, excited gilerrrrrr kooooooo akuuuuu uols. Hahaha. Terus says, "YES! Finally she showed her face. Thanked, god!"...haha.









Emak immediately jatuh cinta kat awak, anak! hehe. Sayanggggg dia! Bila tengok result dari 3D scan ni, macam ala² muka abang Irfan dia.  Cam sebijik je dengan gambar 3D abang Irfan dia masa dalam kandungan dulu. Alhamdulillah, Allah swt izinkan weols tengok muka dia dalam kandungan. Syukur sangat².



Result check up, semuanya normal. Takde sebarang masalah pada baby so far. InshaAllah...gitu lah hendaknya sampai dia selamat dilahirkan dan sampai bila². Aminnnn




However... huhu. Before ni, KKIA tetapkan tarikh C-section Zie pada 7.3.2019 di Sarawak General Hospital (SGH). Bising Dr Tan...huhu.Sebab based on due date Zie (26.3.2019), Zie baru je masuk 37 weeks masa tu. Means, nurse dan doktor di KKIA salah kira. Dorang guna latest due date 17.3.19 in where yg ni, bukan actually due date zie. Kan EDD ni sentiasa berubah² je. Mesti follow 1st due date masa mula² Zie di sahkan pregnant...which is on 26.3.2019.

Sudahnya, terpaksa ler Dr Tan, tinggalkan Note kat buku Biru zie untuk zie bawa ke KKIA in next check up untuk doktor di KKIA uruskan pertukaran tarikh Czer zie di SGH. Untuk pertukaran tarikh ni, in next entry Zie storykan ye...hihi.

Pssstt....banyak nah kesinambungan kan. Itu la kau Zie, malas lagi nak nulis blog. Asyik² throw back entries je memanjang. Kekangan kerja ni haaa yg buatkan blog tak update. Kalau ada masa sikit, idea pulak takde nak mengarang. Haishhh.... 




Balik dari KPJ, weols brunch. Lepas brunch, laparrrrrr. Huhu. Tak sempat breakfast.



Balik dari breakfast, Zie terus ke Rene Beauty Centre. Nak berFoot Reflexology. Sejak dah sarat bulan ni, Seminggu sekali zie gi berurut kaki. Sakit sangat². Mujur tak setiap hari kaki ni sakit². Tapi dalam seminggu, memang akan kena serangan sakit kali ni. Normal utk ibu mengandung. Bengkak kaki tak sangat... cuma tu la, terasa nyilu & kebas² je. Susah nak explain rasa sakit tu.

Kadang² sampai ke pinggang. last pregnancies, tak pernah kena ginie. huhu. Macam ni lah emak kita mengandungkan kita dulu kan. Huhuhu. Sebab tulah syurga kita di bawah ibu....

Balik dari foot reflexology, terus ke rumah emak mertua. Pastu, balik. Tak larat nak jalan² shopping. Jalan sekejap je dah semput.




Alhamdulillah.... It's a GIRL!!!




Throw back entry ^_^ Last week, pada 7.11.18... adalah tarikh untuk pregnancy check-up appointment Zie di KPJ Specialist Hospital. Masa ni kandungan Zie dah 20 weeks 4 days. Kali ni check up, fuhhhh.... berdebar² Zie tunggu doktor sampai taw.

Zie pilih belah malam. Senang, tak perlu nak ambil cuti bagai. Balik kerja terus ke KPJ. Bila doktor panggil nama, wahh...teruja dia semacam je. Why? Sebab kali ni check up, doktor akan buat Detailed Scan. Bermaksud, gender baby akan di ketahui ♥






Alhamdulillah uols, kali ni zie carrying a baby girl! So uols, perkenalkan baby NM (nama yg zie dan husband pilih sejak tahu 2012 lagi ni tau. Masa tu Zie pregnant Mikail... hehe). Langsung gak Zie nak namakan anak dengan nama tu.

Maksud nama tu dalam islam --> Cahaya Anugerah Allah ♥




Alolololo.... baby NM malu. Dia dok neriap je sepanjang check-up ni taw. Huhu. Terus tak dapat nak nampak bahagian depan baby (muka dan jantung). Comel je kaki kecik tu. Sayanggggg sangat² kan anak bungsu emak ni taw. Will going to be my one and only daughter, InshaAllah. Andai Allah swt izinkan ♥♥♥




Hmmmmm...sangkut gak zie dgn benda alah ni. Siapa yang ada Gestational Diabetes during pregnancy, such akan tahu benda alah ni. Huhuhu. Report ni di Panggil --> Blood Sugar Monitoring Report...alahai. Yes, zie ada high blood sugar levels. Redho.... huhuhu

Last GP4J test (minum air gula) pada 15 weeks aritu, readings dia 9.6...tinggi giler. Alahaiii. 




Takpe, new experience for me. Terpaksa lerrrr diet dari semua makanan manis yang takde khasiat. Yang berkhasiat, Zie still ambil cuma cut pengambilan dia into half. Sebab tak nak gak zie baby nnti takde khasiat...pepandai lah zie control my sugar level since dah ada benda alah ni.

3 days in a row kena cucuk tangan. Still not too bad if compare dengan cucuk insulin tiap² hari kan. Insha'Allah...tak akan sampai ke tahap tu hendaknya. Mudahan next GP4J test, Zie bebas dari Gestational Diabetes ni. Aminnn Aminnnnn....




OSCAR Scan & GP4J test a.k.a Minum Air Gula




Check-up untuk minggu ke-12, kali ni OSCAR Scan. Scan untuk tengok sama ada baby ada penyakit down syndrome or not. Alhamdulillah, result adalah normal. Hopefully gitulah hendaknya bila dia lahir lagi. Aminnn aminnn.

My Gynae suruh, sebelum next appointment check up...make sure zie buat GP4J test dulu. Blur sekejap Zie apa tu GP4J...haha. Kalau di KKIA, nurse akan gtaw -- Minum Air Gula. Haaaa kalau tu, Zie tak blur. So tanya gak ler apa tu GP4J test, then my Gynae explain then baru tahu GP4J tu adalah Glucose Test during Pregnancy. Yg orang kita selalu akan sebut... "Nanti nak minum air gula...bla bla bla".

Ayat doktor kooo uols, idak paham iter. hahaha. If tak paham, tanya... jgn buat² paham. Betul tak? ^_^





Zie buat OSCAR Scan pada hari Rabu, hari Sabtunya plak Zie sekali lagi ke KPJ Kuching Specialist Hospital untuk buat GP4J test ni. Kali ni tak jumpa my Gynae. Terus direct lab hospital tu. Tak lama tunggu, terus giliran zie. Satu je best check pregnancy di hospital swasta, tak perlu nak ambil leave. hihi

Zie selalu pergi belah malam or hari Sabtu. Jimat my leave. hihi




Steps dia sama je macam biasa di KKIA -- Puasa selepas 11pm, ambil darah pastu minum air gula. Then tunggu 2jam. Still tak boleh makan or minum air selain air kosong. Bezanya di swasta, air gula dia berperisa...yipppiiiieee!!! Rasanya dia still uweekkkkk...but not that bad as di KKIA. Yang plain je tu

...syukur dapat merasa perbezaan follow up check di KKIA dan di swasta. Both layanan bagus, cuma masa menunggu je beza lah. di KKIA, of coz ler lama. Ramai orang bah....kan Free. Di swasta, masa menunggu...of coz cepat. Sebab tak ramai orang.




Pukul 12:30 tengah hari, baru selesai semuanya. Perut lapa tahap...aduhaiiiii. Sampai pening kepala. Zie alas perut makan chicken floss bun ni je. Tak nak mengejut makan heavy dish. Kang meragam plak perut nanti. Sampai rumah baru zie makan nasi.

Result dia, on Monday baru my Gynae staff call zie untuk inform result dia. To my suprise. 9.6 koooooo reading dia. PENGSAN! So i am officially disahkan ada diabetes gestasi (kencing manis semasa hamil). Sangatttttttt lah tidak best okay uols. My Gynae suruh Zie on diet. huhuhuhuhu. Harap² next GP4J test nanti turun sugar level zie....aminnn aminnn.

Reason why sugar level zie tinggi? Is because masa 1st trimester, Zie EVERYDAY makan gula² Hacks untuk hilangkan loya teruk Zie. Makan asam boi, tak jalan. Makin buat teruk muntah, adalah. Huhu. Sudahnya baruuuu je stop makan gula² hacks sebab alahan dah beransur hilang, few days after that.... kena plak minum air gula. Mahunya tak shoot tinggi.

So solutionnya, jaga pemakanan lerrrr iols. Hu hu hu. Doakan Zie bebas dari kencing manis during pregnancy ni ye uols. Not cool okay...not cool! Hahaha





Check Up 7 Minggu





Merujuk kepada entry ini ---> I'm Back and I'M PREGNANT!!!! (klik untuk buka), Dr. Tan suruh datang balik dalam masa 2 minggu dari last visit hari tu. Memandangkan dorg bekal bagi Zie Buku Biru (Kalau kat KKIA, buku Pink...hehe), just bagi Zie appointment card ni zie, so semangat kooo datang awal dengan husband lepas balik kerja.

Punya lerrrr syok weols tunggu. Tak perasan lerrrr plak dorg ada letakkan Memo kat pintu tu gitaw dorang ada function malam tu. Tunggu sampai 1 jam taw...bongok nah. Haha. Nasib nurse kat KPJ tu tanya... "You waiting for Dr Tan, is it?".... kalau di tak tanya, memang tunggu sampai 7pm kot. haishhhh

Hairannya dorang tak call gitu klinik tutup malam tu. Bukannya takde appointment pun....huhu. redha. So keesokkan hari zie call dan tanya dan reschedule balik tarikh appointment. Zie pilih untuk pergi pagi hari Sabtu.





Memandangkan masa tu husband still OPS.... kebetulan plak emak zie balik kampung, Nenek Iban zie meninggal, sebab zie mengandung and perjalanan ke rumah panjang nenek jauh like 4 hour on road + 1 hour jalan kelapa sawit (jalan berbatu besar)... mak tak izinkan zie ikut sekali. Tak nak nanti jadi apa² plak kat kandungan dan Zie, Zie akur.
So zie bawa Kak Midah untuk temankan Zie check up pregnancy. Senang sikit nant ada yg jaga Irfan dan Mikail masa Zie check up.





Video masa zie check time tu. Hihi. Disebabkan Zie dah kencing (sepatutnya if nak buat ultra sound scan, jgn kencing. So that senang nampak baby kat dalam tu. Lupa plak zie part ni). Nasib ada gak lerr nampak sikit si kecik buat hati kat dalam tu.

Kalau husband yg temankan, takde nya dia nak ambil video bagai ni. Dr Tan tak kesah pun, Kak Midah sebelum rakam, dia minta izin dulu. Dr Tan just say "Sure, go ahead" ♥ Priceless moment....Xoxo






Sebelum balik, weols singgah kat Secret Recipe untuk lunch. Ni yg bestnya bawa kak Midah. Sure dia akan melayan Irfan. Dah mcm jadi anak dia plak Irfan. Hahaha. 




Yg ni kak Midah nye. Chicken Cordon Blue kalau tak silap.




Zie, like always if ke Secret Recipe....sure punya akan order Thai Fried Rice ni. My favourite! Hihi. Separuh je dapat zie habiskan. Kenyang gilos. Time 1st trimester, makan sikit je...dah kenyang. Tp once dah masuk 2nd trimester ni...aduh haiiii, tiap saat nak makannnn je kerja. Haha

Apa² pun, thanks kak Midah temankan adikmu ini check up pregnancy. ♥U




Hadirnya Nur Mikayla di Rahim Emak






Tadaaaa!!! Pemberian Allah swt yang ke-3 buat emak dan bapak. Alahan teruk time 1st trimester. Sekarang baru je masuk 2nd trimester ♥

Anak kedua zie berumur 10 bulan sekarang. Dan zie pregnant lagi masa umur dia baru 7 bulan. Bermaksud... selepas 7 bulan beranak secara pembedahan (Caesarean section), Zie pregnant lagi. Rezeki Allah swt uol. Bukankah sepatutnya 18 moths - 24 months baru boleh mengandung selepas C-section? Yup... sepatutnya gitulah uols. Itu plan doktor, jarakkan.

But Zie tak ambil any ubat perancang coz not good for my health. Effect dari ubat perancang (injection & Pills), buatkan badan Zie everyday sakit. If nak ambil Birth Control Implants or IUCD tu, tak nak lah zie. So sendiri control, kira kalendar macam zie planning untuk jarakan Mikail - Irfan dulu.

Tapi tu lah uols, kita hanya merancang...Allah swt yg menentukan. Camne entah, sekali je... SEKALI sahaja zie tersalah kira, terus conceived. Haha! Sekali check tengok, Double Line koooo. Terjawap sudah kenapa sebelum tahu diri pregnant, setiap minggu akan demam dan sakit². Rupanya berbadan dua. Hihi. Alhamdulillah....




Zie dan suami confirmkan kehamilan zie di KPJ Kuching Specialist dan sekali gus register kandungan zie dibawah jagaan Dr. Tan. Dulu Dr Tan juga yg jaga kandungan zie time Irfan dulu. Bezanya dulu zie follow up kat 2 clinic. Di KPJ ni dan di KKIA. But kali ni, sebab nak kena marah dengan nurse & doktor di KKIA sebab refused ambil pill perancang dan sudahnya mengandung... Tu yg zie hanya follow up pregnancy zie kat KPJ ni je.

Tapi tu bukanlah the only reason why zie tak register pregnancy zie di KKIA ye. Sebab utama adalah kandungan Zie kali ni adalah sangat berisiko tinggi. So better doktor pakar je lah yang jaga kandungan kali ni. InshaAllah, akan beranak kat sini je nanti dan akan berikat terus (sebab sudah 3x C-section, after that kena berikat. Nasihat dari my Gynea). Terpaksa ler weols keluarkan simpanan weols nanti untuk beranak kat hospital swasta.

Zie dan husband budget 15K nanti, biar lebih jangan kurang. Takut ada komplikasi lain time nak beranak nanti kan. Duit nanti² dapat lagi cari dan kumpul. Doakan Zie dan baby yg dikandung zie selamat sehingga masanya untuk melahirkan ye uols. Doa dari uols zie harapkan agar semua nya berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi kelak...aminnn.