Mikayla's Reader (s)

Friday, July 5, 2019

Mikayla Tolak Menyusu Botol


Nak dijadikan cerita... sehari sebelum Mikayla masuk nursery dan Zie start bekerja selepas 3 bulan cuti bersalin, tetiba Mikayla tolak menyusu botol. Gundah gulana hati beta! Huhu. Before this okay je dia menyusu guna botol. Apa lagi bapak dia, membebel dia kat Zie coz Zie selalu breastfeeding Mikayla.

Kadang² je zie bagi dia susu botol. Mula ler zie panik. Nangis dia bagai apa. Sanggup dia tidur lapa daripada susu dgn botol tu. At first, tak sure...sama ada dia reject botol or reject susu Anmum tu. Nak tukar susu, sayang...ada 4 kotak belum di bukak lagi. Baru je beli utk stock. 



Nak dijadikan cerita, Zie ngiyau ler di FB tentang kerisauan Zie ni. Sorry, status dalam bahasa Sarawak. Diharap uols paham. Hehehehe. So ramai FB friends suggested Zie untuk tukar botol susu. Dorang suggest botol susu Pigeon SofTouch™. Malam tu juga Zie keluar pi beli. 




Zie beli size kecik je dulu. Sebotol je dulu try. Takut nanti kot² Mikayla tak nak...tak gak membazirkan. Macam botol susu Tommee Tippee tu, 2 botol iols beli noks...huhu. Tapi takde lah membazir mana pun. Zie jadikan tempat letak susu badan yg dah di pump je. Nasib aritu ada beli Tommee Tippee Leads.

Ingatkan jenama Pigeon ni, jenama yg murah² je.Ingat murah lagi dari Tommee Tippee.... sekali tengok, RM49.90 kau! Hambih!...huhu. Mahal lagi dari Tommee Tippee rupanyaaaa.. Uwaaaaa! Jangan kau tengok pada botolnya yang tak cute....terus assumed murah. Haha. Kalau yg botol 9oz tu, RM79 okeh...mampus aku! haha

Takpe...demi anak. Janji dia nak isap je. Jangan tak nak plak, kan.




Sampai rumah, terus cuci, rendam dgn air panas kejappp je. Sebab tak sabar² nak bagi Mikayla try. Sekali je sua.....terus kooooo dia hisap! Phewwww....lega mak nak. Kalau tak, rasa nak nangis je. 




Tengok tu, laju je dia hisap. Haus & lapar ko dia. Kesian. Meaning memang dia tolak botol susu, susu Anmum tu dia still nak. Lega.... Biarpun botol susu tak comel, takpe...yg penting quality dia comel sampai hendak baby kite isap dia. Hihi

So uols, highly recommended botol susu Pigeon SofTouch ni. Memang lembut sangat puting susu tu sampai tertipu baby kite ingatkan itu puting ibunya. hihi.1 masalah selesai sudah. 



Now Mikayla ready to go to school! weeehoooo.... ♥





Bila Anak² Terpaksa Di Hantar Ke Nursery...


Sebelum raya yg lepas, last minute zie cari nursery gara² personal babysitter yg sedia ada masa tu tetiba bagi tahu yang dia nak balik kampung & berhenti kerja sebab nak jaga bapak dia sakit & anak kakak dia. Nak tak nak...redha jer zie.

Tak nak cari personal babysitter yg baru (before this babysitter datang ke rumah weols untuk jaga Irfan), better weols hantar je ke nursery. Senang lagi. Takde istilah babysitter jadi "raja" plak. Kesian emak...end up dia juga yang jaga Irfan walaupun dah ada personal babysitter. Bukan nak jaga Irfan bebetul, sibuk dengan hp je 24jam. Live FB la, TikTok la, Video call la...whatsapp la.

Kang kata makan gaji buta nanti, marah. Dah dah...enough membebel. Benda dah lepas.




His first day going to nursery. Muka tu... sejujurnya uols, Zie kalah... kalah sangat² bila tengok muka anak² sedih cam. Terus rasa down giler Zie. Terus rasa berdosa sangat² sebab tak dapat jaga dorang 24jam. Belum lagi part dah reached nursery centre then cikgu² kat sana ambik dorang...

...tengok reaksi Irfan menangis bagai apa. Ya Allah...pecah sangat² hati Zie. Automatik Zie plak yg bertangisan dalam kereta sambil driving. Jiwa kacau sampai ke petang. huhu. Now baru zie rasa apa mak bapak yang lain bila hantar anak² dorg ke nursery.




Mikayla plak okay. Tenang sikit jiwa zie. Mikayla tak banyak ragam. Camne dia time zie jaga dia sepanjang Zie cuti bersalin selama 3 bulan dulu....camtu lah perangai dia di jaga cikgu² dia. Syukur. Syukur gak Mikayla jenis baby yang nak kat semua orang.

Allah permudahkan urusan penjagaan dengan Mikayla. Tp dengan Irfan, Allah uji Zie. Setiap hari Zie nangis sepanjang perjalanan gi kerja selepas hantar dorang dua. Sedih tak terkira. Macam² bermain di fikiran Zie dengan Irfan. Cukup ke dia makan kata situ, bila dia nangis...dapat ke dorang pujuk, part tidurkan Irfan plak....aduhai... macam² bermain di fikiran zie.

End up...buat Zie rasa nak resign.... Jiwa Kacau Sekarang :(



Hari Raya Pertama Mikayla




Maaf anak mak sayang. Raya pertama dia mak bapak tak sempat nak cari baju kurung dia. Ada cari tapi tak jumpa khas untuk baby. Kebanyakkan berumur 1 tahun ke atas. Dress warna grey ni pun syukur finally jumpa. Tu yg anak mak berdress je time raya. Hihi

Abang² dia dulu pun sama gak. Raya pertama dorang, dorang pakai romper je. Haha. Susah nak cari size baby. Ada memang ada, kat online. Harga....fuhhh, harga yahudi! Huhuhu. Main ratus²... mak bapak idok mampu ye anak² ku.




Takpe...janji cute♥





Tak banyak tangkap gmbar time raya tahun 2019 ni. Sebab mood raya tahun ni memang ke laut nah. Main reason is.... belum lagi 100 hari nenek dorang. Lain rasa ke rumah mentua time 1st day raya, takde mak mentua lagi dah.

Hanya berkumpul adik beradik je. Al-Fatihah buat arwah mak mentua Zie.




Berlima sudah kami. Complete dah family kecil ku dengan adanya Mikayla ^_^ Terima kasih Allah kurniakan Mikayla buat kami sekeluarga. Dapat gak weols merasa ada little princess dalam hidup kami ♥ 

Wednesday, July 3, 2019

|| Video || Newborn




Video² Mikayla time emak & Mikayla masih di hospital. Masa ni umur Mikayla baru je beberapa jam ♥ Moment terindah dan terakhir dalam hidup Zie. Lepas ni tunggu cucu je nanti. Hihi. Sayang kat semua anak²... Xoxo




Tabung Haji Mikayla


Seawal umur 6 hari, Mikayla dah ada saving account sudah. Sudah menjadi tanggungjawap mak dan bapak untuk bukak Tabung Haji anak². Senang bila ada duit yang orang bagi/sederkahkan kat anak², mak & bapak terus simpan masuk dalam akaun anak². Simpanan yang tak boleh di kacau². Andai kata darurat, terpaksa guna.... WAJIB mak bapak ganti balik.

Sejujurnya...anak² lagi kaya dari mak bapak. Hehehe. Duit anak² kooo uols. Kita mak bapak ni hanyalah pemegang amanah jer. Part pengisian setiap bulan plak, tu tugas bapak dorang untuk isikan. Sebab Zie dah cover insurance dorang.

Insurans dorang pun ada smart saver gak. Cukup umur dah boleh cash out dah. Kaya makin kaya dorng! Hihi...inshaAllah.... Goal — Once anak masuk U, sik perlu loan PTPTN. Pay cash jak setiap semester. Tabung Haji ada, Takaful Saving pun ada. InshaAllah...


Lahirnya Nur Mikayla



Dalam pada emak exicted admit hospital keesokkan harinya, dalam masa nya sama gak, ema sedih. Lebih² lagi bapak Mikayla... sebab pada pukul 11pm pada tarikh 17.3.2019 (Ahad), Emak & bapak terima berita sedih tentang permergian Arwah Nek Hamisah menghadap Illahi. Di sebalik kesedihan, terselit sebuah kegembiraan. Di sebalik kegembiraan, terselit kedukaan dan kesedihan yang teramat sangat terutama sekali buat bapak Mikayla. Susah untuk dia terima hakikat yang emaknya sudah pergi buat selama²nya...

Tarikh emak perlu admit di SGH pada 18.3.2019, pagi. Sebelum tarikh tu, awal² emak dah ready benda alah untuk di bawa ke hospital. Susu fomula tu mak seludup (nasib ler nurse tak buat sport check...hehe), in case susu badan belum ada lagi sebab based on pengalaman terdahulu, lambat koooo susu badan nak produce. Huhu.


Lagi² if beranak elektif czer ni. Sebab badan belum lagi ready nak beranak, dah di keluarkan baby. Hihi. So awal mak seludup susu anmum tu. Dalam bilik, senang nak curi² bagi Mikayla nyusu benda alah tu nanti. Hehehe




Ni rutin check up biasa, sebelum admit masuk ward Maternity. Excited kooo emak noks. Tak sabar nak tengok & peluk si bungsu mak tu. Last mak akan pijak tempat ni lagi utk beranak. BTL terus lepas ni atas nasihat doktor.

Sebelum emak masuk ward Maternity ni, emak awal² dah gitaw nurse untuk percepatkan proses pendaftaran yang bapak sebab bapak perlu cepat² balik ke rumah Nek Hamisah, kalau boleh sebelum jenazah nenek dikebumikan. 


Syukur nurse dan doktor memahami. Jasa korang akan kami kenang sampai bila². Semoga Allah merahmati kalian.




Doktor yang perempuan tu lah yang akan bedah emak keesokkan harinya. Dr. Leong May Shi nama dia. Emak sangat sangattttt puji Dr Leong ni. Why? 1st, sebab dia sangat sangat friendly. Dia siap tanya mak nak jahitan macam mana, nak tak skin to skin contact dengan baby. 

Inilah pertama kali doktor yang akan bedah Mak tanya Mak gitu. Before this, dorang decide sendiri dan Mak tak pernah skin to skin contact dengan baby (yg letak baby di dada tu, cam beranak normal tu). Syukur...yg terakhir ni, akhirnya Mak dah rasa gak pengalaman gitu.

Selalunya nurse akan sua je baby kat muka Mak utk Mak cium cium je. Langsung Mak takde peluang nak peluk dia di dada. This time...alhamdulillah, merasa gak iols ♥ Thanks Dr. Leong!

Untuk jahitan czer tu, Mak nak jahitan yg akan di buka selepas 7 hari tu. Hairan nurse di KKIA why Mak nak jahitan gitu sebab kebanyakkan mommies yg lain, dorang more prefer jahitan yg tak perlu dibuka² lagi. Well...Mak kan special sikit orangnya. Hahaha!

Takde lah...sebab sebelum ni, kedua² jahitan czer Mak dulu jenis gitu. Coz kali ni nak gak stay jenis gitu. Confident sikit Mak luka czer tu tak terbuka. Hihi...jangan ditanya kenapa berfikiran gitu weh. Haha





This part i hate it soooo much. Huhu. Masukkan tiub tu lahhhhh yang...aduhaiiiii. Takpe takpe...last dah ni ^_^ Yang ni sebelah kiri. Masa kat OT, tgn sebelah kanan doktor pasangkan tuib ni gak. Untuk emergency case katanya if suddenly Mak alami pendarahan. So tiub di tangan kanan khas untuk tambah darah jika perlu. Sakit oiiiiii doktor tu pasangkan..haha. Bukan Dr Leong pasangkan, Doktor lelaki....lupa dah nama.

Sebelum pasangkan tuib di tangan kiri, nurse suruh Mak mandi dulu and then start berpuasa pada jam 12am, mcm biasalah.. Sebab jadual czer Mak awal pagi. Pukul 8am. I am the first case you you. Happy! Hihi

Time ni, memang excited giler. Tak sabar nak beranak. Oh ya, tanda² nak beranak langsung takde. Time ni Mak dah 39 weeks 1 day dah. So tarikh beranak Mak as per planned by doctor lah -- 19.3.19. Cantik kan tarikh lahir anak dara kite....hiksss




Disebabkan Mak ada asthma, sebelum ke OT (yg ni pada hari selasa, 19.3.19), nurse bagi Mak nap dulu. Takut tetiba kena serangan asthma plak time tengah di bedah. huhu. Sempat lagi koooo Mak snap. Hahaha!





Alhamdulillah, almost sejam di OT...akhirnya lahirlah my one and only daughter, Nur Mikayla pada pukul 8:53am pada hari Selasa, 19.3.19 ♥  Pada pukul 11:30am, baru Mak dihantar ke ward bersalin. Sampai je kat katil, bapak terus azankan Mikayla. Pengalaman terakhir mu duhai suami ku...Lepas ni mana ada azankan baby lagi. hihi

Actually GL husband Mak, Mak patut masuk 2nd Class Room. Tapi memangkan kes Mak perlu pemantauan selama 24 jam, Mak diletakkan kat luar....depan meja nurses & doktor...huhu. Payah weh, nak curi² bagi Mikayla susu anmum! haha. Sudahnya, bila Mikayla nangis teruk, baru nurse ambik bagi susu kat nursing room. Huhu

Selepas 24jam lepas czer, baru Mak di masukkan ke dalam 2nd Class Room. Alhamdulillah...lega rasanya. Terus kooo Mak bagi Mikayla susu anmum tu. Kehausan anak dara Mak. Meh layan gambar² Mikayla time still newborn dan baru berumur beberapa jam ♥








Comelnya anak emak ♥




Akhirnya, ada gak Mak buku baby warna PINK! Alhamdulillah. Terima Kasih Allah pinjamkan Zie dan husband anak perempuan untuk dijaga dan disayangi ♥ 




Like always, injection untuk cair darah untuk Mak inject setiap hari selama 10 hari. Di hospital dah start dah self injection...sebab Mak  pilih injection yang dihasilkan dari DNA khinzir. Tapi lepas melalui proses saringan demi saringan, takde dah DNA  khinzir tu. Gitu lah dorang explained.

Takpe, Islam itu indah. Untuk perubatan, ada kelonggaran.




THE MOST BEST PART!!!! Emak dapat iPhone XR yang emak idam²kan as my Push Gift this time. Yayyyyyy! Dapat ler emak ambil gambar Mikayla puasa² tanpa perlu risau memory full ke apa lagi. Bapak Mikayla memang gitu, setiap kali emak beranak... sure punya bapak Mikayla akan bagi hadiah kat emak....

Mikail : Canon DSLR Camera
Irfan : Tomei 916 Bangle
Mikayla : iPhone XR

Alhamdulillah. Hehe. Ingatkan bapaknyer tak nak melayan bila emak selalu je berpantun mintak phone baru. Rupanya dia nak bagi time dah selamat melahirkan as my Push Gift rupanya. Syukur tau Mikayla, emak dapat suami macam bapak Mikayla ni okay.

Emak doakan, Mikayla akan dapat suami macam bapak mikayla. InshaAllah. Amin.





KKIA Salah Kira Due Date, Tarikh C-Section Terpaksa Di Tukar





Merujuk daripada Entry ini ⇢ 8 Bulan Mengandung, Baru Buat Buku Pink?! , kan masa zie register kandungan dan buat buku pink hari tu, Dr. Safar terus booked czer date + BTL (zie terus berikat lepas giving birth kali ni ye. Zie ikut saranan doktor sebab termasuk yg kali ni nanti, dah 3x zie czer. Cukuplah tu 3 orang anak). Kan dia dah tetapkan 7.3.2019 adalah tarikh Czer + BTL zie, based on EDD 17.3.2019.

Actually dorang (Nurse & Dr. Safar), tersalah tengok dan tersalah kira tarikh EDD zie. Zie tak salahkan dorang sebab nak refer balik 8 months ago.... agak memeningkan wooo. So dorang terlepas pandang dengan report masa pertama kali zie register kandungan zie. Zie ada gak gtaw dorang yang Zie nya first EDD pada 26.3.2019. Tapi tak tahu gak lah why dorang still follow latest EDD 17.3.19 tu.

Bila zie next follow up pregnancy check up Zie dengan Dr. Tan di KPJ Kuching Specialist Hospital, aduhai...membebel Dr Tan kat dorang. Haha. Ada gak Zie backed up dorang, Zie kata... "they overlooked maybe...cannot blame them since it's been 8 months already.". Dr Tan tanya, bila next appointment di KKIA nanti, make sure dorang tukarkan tarikh czer zie sebab if di beranakkan pada 7.3.2019, a little bit too early. Baby dalam rahim baru je cecah 37 weeks katanya. Kelahiran pra-matang nanti plus paru² baby belum ready utk adapt persekitaran.




Jadi masa appointment di KKIA aritu, terus Zie request kat nurse yg attend Zie yang Zie nak jumpa doktor sebab nak bincang pasal pertukaran tarikh czer & BTL zie yg dah Dr Safar tetapkan hari tu. Zie explained ler reason dia kenapa and tunjuk note yang Dr. Tan tuliskan. So lepas routine check up dgn nurse, bila nama Zie Dr Safar panggil...

....explain ler pula dari A - Z dgn Dr Safar. Banyak kali Zie repeat mintak maaf dengan dia sebab dah susahkan dia. Kalau dari awal Zie register kandungan di KKIA, takde nya masalah ginie. Sebab bukan senang nak tukar tarikh czer yg dah di booked dengan Sarawak General Hospital. Paham² je lah...ramai orang. Bukan kita sorang je kan.

Dahlah dia terpaksa gak manually kira untuk pastikan betul² tarikh EDD zie memang 26.3.2019. Selepas 1jam lebih...akhirnya, dapat gak Zie tarikh baru untuk Czer + BTL...alhamdulillah. Friendly sangat² Dr. Safar ni taw. Even Zie dah susahkan dia, senyum n ketawa² je dia uruskan. Semoga Allah swt permudahkan urusan dia di dunia dan di akhirat berkat di permudahkan urusan Zie. Amin.

Meaning, 18.3.2019... Zie kena admit SGH sehari awal. Untuk tujuan check up segala bagai sebelum tarikh zie di beranakkan secara C-Section. Then sekali gus BTL terus. Doakan urusan bersalin zie nanti di permudahkan dan takde sebarang delay... InshaAllah.

Tak sabar nak beranak sebenarnya! Hihi